Monday, March 20, 2017

9 Tips Persediaan Mendaki Bukit Atau Gunung

9 Tips Persediaan Mendaki Bukit Atau Gunung | Setiap orang diantara kita pasti jarang untuk pergi melakukan aktiviti mendaki atau hiking kan? Pada mereka yang tidak berpengalaman atau tidak pernah mendaki, pastinya ada perkara penting yang perlu korang ingin tahu mengenai persiapan mendaki. Oleh itu, disini aku ingin kongsikan 9 tips persediaan mendaki gunung


1. Persiapkan air semaksimum mungkin yang korang boleh bawa. Tapi, perlu diingatkan agar berat air tidak menjadi terlalu membebankan. Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi @ kehilangan air dalam badan. Bawa sekurang-kurangnya 500ml bagi air isotonik dan 1.5 liter air kosong. Jika perlu, bawa garam.

2. Bawa makanan yang boleh memberikan tenaga yang cepat contohnya seperti coklat dan juga buah pisang (untuk pendakian daypack) Tenaga yang banyak diperlukan semasa mendaki. Jangan membawa makanan yang terlalu berat dari segi muatan. Ration makanan perlulah dibahagikan bersama dengan rakan-rakan anda

3. Sediakan juga peralatan kecemasan asas seperti minyak angin, bandage dan juga handyplus bagi menghadapi situasi yang tidak diingini berlaku.

4. Jika anda sudah membuat perancangan awal-awal untuk mendaki, pastikan korang ada membuat aktiviti sukan paling kurang 2 minggu sebelum pendakian dibuat. Jika tidak, korang pasti menyesal (pengalaman kena muscle pain kat otot peha.)

5. Pastikan segala gajet korang disimpan di dalam bekas kalis air dan dan dapat menahan hentakan kuat contohnya seperti plastik, bagi mengelakkan gajet anda rosak ketika pendakian dibuat.

6. Sila buat homework mengenai gunung atau bukit yang bakal korang daki. Ini adalah penting bagi korang untuk merancang laluan, kontur persekitaran dan juga kesukaran yang akan dialami.

7. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti mendaki. Pilih kasut yang bersesuaian. Kasut adalah penting semasa mendaki bagi mengurangkan kelicinan pendakian. Nak jimat bajet, pakai kasut Adidas Kampung.
Adidas kampung berbanding kasut hiking. Sumber : Yellow Tuktuk

8. Pendakian selalunya dimulakan pada awal pagi. Jadi, jangan makan terlalu banyak semasa sarapan pagi. Cukup sekadar mengalas perut sahaja. Sila pastikan sebelum pendakian dibuat, panaskan badan anda terlebih dahulu dengan senaman ringan.

9. Sebelum melakukan pendakian, daftarkan atau inform kepada pihak renjer hutan bagi mendapatkan keizinan dan juga sebagai langkah keselamatan jika korang tersesat.

Tips ini terhad kepada pendakian harian sahaja. Jika pendakian yang memerlukan korang bermalam, sila rujuk kepada pakar. Jika anda masih baru macam saya, disarankan bawa seorang dua yang berpengalaman dalam pendakian.




16 comments:

  1. tataulaa dan ke tak nak memanjat... hahahahha tapi...
    part kasut bata tu ai setuju.... pernah g Ba Kelalan.. and dorg suruh je pakai kasut tu sebab kawasan berbukit bukau...
    https://ntgravityzone.blogspot.my/2014/06/another-night-at-buduk-nur.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Tapi rabak jugak tapak kaki. Nipis skit. Kene batu tajam skit, trase woo

      Delete
  2. ada yang buat ada yang idak.. kikiki

    Datuk jom !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan jugak? Jom. Hehe.. Minggu ni kawan2 ajak trans datuk gagak rembau

      Kalo minat, contact saya misterzarif@gmail.com

      Delete
  3. betul..air kne bwk ckup2..xleh share2..bukan kedekut..tp mmg xckup..walau naik sejam je..

    ReplyDelete
  4. kasut tu penting, kena cari kasut yang sesuai untuk mendaki. Kalau tak spoil mood tengah-tengah bukit bila kasut tercabut tapak. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy guna adidas kampung. tapi spare jugak la kasut yang lain. wakakaka

      Delete
  5. waa.. lamanya kakak tak memanjat.. ade la 9 tahun kot.. adoi.. ngidam sungguh a tengok blogger2 share tips..

    ReplyDelete
  6. part homework tu tu xpernah nk buat pon..just tengok owhh best tempat ni..tak tertengok lak bab bpa ketinggian hahaha..sekali gi tgk tinggi da..

    ReplyDelete
  7. Pernah memanjat Gunung Jerai dulu, pakai kasut getah RM6 je pun, sampai gak puncak, muahahahahaha.

    Tapi tercabut gak kuku kaki masa turun tu, padan muka angkuh sangat :P

    ReplyDelete
  8. Sebelum kahwin memang selalu hiking..Rumah mak memang dekat dengan bukit yang boleh hike; bukit Gasing..nak extreme sedikit, pergi Bukit Broga..Sekarang dah slow down dah buat aktiviti ni..

    ReplyDelete
  9. Suami kita akan mendaki hujung minggu nie. Tips nie mmg berguna sgt.

    ReplyDelete

Segala coretan dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman, pendapat dan catatan peribadi penulis sahaja. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Komenlah secara berhemah dan mengikut budi bicara. Lagipun, kita adalah Malaysia kan?