Aku Lihat | Aku Fikir | Aku Tulis

Showing posts with label tips blogging. Show all posts
Showing posts with label tips blogging. Show all posts

Wednesday, March 15, 2017

8 Idea Menulis Blog | Ketandusan idea adalah masalah utama seseorang penulis, tidak kiralah samada penulis blog mahupun penulis yang lainnya. Jika seorang penulis blog seperti aku, idea penulisan sentiasa perlu ada bagi mengelakkan blog tidak dikemaskinikan. Gejala ini dikenali sebagai writer's block. Dalam entri kali ini, aku ingin kongsikan idea dalam mencari idea penulisan di mana inilah yang selalu aku lakukan sebagai seorang penulis blog

No Idea. Penting untuk mengemaskini blog bagi memastikan blog anda terus relevan

Idea 1 : Menulis Berdasarkan Pemerhatian
Selalu perhatikan keadaan disekeliling anda. Dalam 1 hari, takkan anda duduk pejabat atau rumah sahaja kan? Cari permasalahan masyarakat ataupun kejanggalan dalam pemerhatian anda sehari-harian. Salah satu dari idea yang mudah. Cukup walaupun sekadar entri yang pendek.

Idea 2 : Menulis Kegiatan Sendiri
Kegiatan harian juga boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk penulisan dalam blog. Ramai blogger yang menggunakan pendekatan ini sebagai salah satu tatacara penulisan dan disampaikan secara santai dan bersahaja seperti aktiviti harian, melancong, tempat makan, menyertai sesebuah acara dan sebagainya. Ini adalah antara perkara yang selalu aku kongsikan di dalam blog.

Idea 3 : Melakukan Pencarian Fakta Dan Maklumat Dalam Internet
Ini banyak dilakukan oleh blogger-bloger yang berinspirasikan maklumat berita, fakta mengenai dunia global, budaya, masyarakat, ganjil, pelik dan sebagainya. Ini adalah salah satu bentuk penulisan entri yang boleh menyumbang kepada trafik yang tinggi jika dilakukan dengan betul. Akan tetapi, pada pendapat peribadi aku, adalah lebih baik anda menulisnya berdasarkan pemahaman dan ayat anda sendiri. Ini akan membuatkan penulisan blog anda lebih asli dari anda menyalinnya bulat-bulat. 

Idea 4 : Penulisan Mengenai Isu Semasa
Anda boleh juga menulis dengan mengikuti isu semasa. Mungkin anda boleh mengutarakan pendapat sendiri yang mungkin anda rasakan lebih bernas. Contohnya yang terbaru adalah mengenai isu bajet 2014. Mungkin anda boleh memberi pendapat ataupun sekadar mengambil fakta-fakta penting yang jelas seperti pemberian bonus setengah bulan kepada penjawat awam. Tetapi anda harus ingat bahawa sensiviti masyarakat di Malaysia sangat tinggi. Jadi, anda perlu berhati-hati dalam penulisan begini. 

Idea 5 : Penulisan Tips
Penulisan mengenai tips ini harus dilakukan dengan membuat kajian dan cuba untuk mengaplikasikannya. Tips adalah bergantung kepada seseorang individu. Lain indidu, lain pula tipsnya. Jadi, tak perlu takut untuk anda berkongsi tips kerana itu adalah pendapat anda sendiri

Idea 6 : Penulisan Rohaniah
Anda juga boleh berkongsi dengan menulis perkara yang berbentuk rohaniah dan ilmiah. Contohnya berkongsi hadis-hadis nabi, doa-doa dan sebagainya. Akan tetapi, anda perlu berhati-hati dalam penulisan ini. Anda perlulah seorang yang berpengetahuan mengenai agama ataupun memang tahu apa yang anda tulis itu adalah benar. Ini adalah kerana; aku bagi contoh hadis. Terdapat banyak hadis-hadis palsu yang kadangkala nampak seperti benar-benar hadis. Jadi, berwaspadalah dahulu.  

Idea 7 : Melibatkan Diri Dalam Segmen Atau Give Away
Ini adalah salah satu cara untuk anda bukan sahaja menulis, tetapi juga boleh mendapatkan banyak manfaat yang lebih seperti meningkatkan followers, menambahkan lagi kenalan antara blogger, dapat hadiah jika ada rezeki dan sebagainya. 

Idea 8 : Penulisan Affiliate
Affiliate adalah satu program di mana kita diberikan komisyen bagi setiap produk yang telah dijual secara online. Buat review mengenai produk affiliate tersebut bagi promosi, seperti klikjer.com, dan lazada. Pada masa yang sama juga dapat mengemaskinikan entri blog anda kan?. Ada rezeki, dapat juga komisyen.

Jadi, jika anda mempunyai sebarang penambahan idea, bolehlah komen dibawah. Sebab saya pun masih baru dalam dunia blogging Malaysia ini. hehe.. Sharing is caring right?