Aku Lihat | Aku Fikir | Aku Tulis

Showing posts with label tips mendaki. Show all posts
Showing posts with label tips mendaki. Show all posts

Monday, March 20, 2017

9 Tips Persediaan Mendaki Bukit Atau Gunung | Setiap orang diantara kita pasti jarang untuk pergi melakukan aktiviti mendaki atau hiking kan? Pada mereka yang tidak berpengalaman atau tidak pernah mendaki, pastinya ada perkara penting yang perlu korang ingin tahu mengenai persiapan mendaki. Oleh itu, disini aku ingin kongsikan 9 tips persediaan mendaki gunung


1. Persiapkan air semaksimum mungkin yang korang boleh bawa. Tapi, perlu diingatkan agar berat air tidak menjadi terlalu membebankan. Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi @ kehilangan air dalam badan. Bawa sekurang-kurangnya 500ml bagi air isotonik dan 1.5 liter air kosong. Jika perlu, bawa garam.

2. Bawa makanan yang boleh memberikan tenaga yang cepat contohnya seperti coklat dan juga buah pisang (untuk pendakian daypack) Tenaga yang banyak diperlukan semasa mendaki. Jangan membawa makanan yang terlalu berat dari segi muatan. Ration makanan perlulah dibahagikan bersama dengan rakan-rakan anda

3. Sediakan juga peralatan kecemasan asas seperti minyak angin, bandage dan juga handyplus bagi menghadapi situasi yang tidak diingini berlaku.

4. Jika anda sudah membuat perancangan awal-awal untuk mendaki, pastikan korang ada membuat aktiviti sukan paling kurang 2 minggu sebelum pendakian dibuat. Jika tidak, korang pasti menyesal (pengalaman kena muscle pain kat otot peha.)

5. Pastikan segala gajet korang disimpan di dalam bekas kalis air dan dan dapat menahan hentakan kuat contohnya seperti plastik, bagi mengelakkan gajet anda rosak ketika pendakian dibuat.

6. Sila buat homework mengenai gunung atau bukit yang bakal korang daki. Ini adalah penting bagi korang untuk merancang laluan, kontur persekitaran dan juga kesukaran yang akan dialami.

7. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti mendaki. Pilih kasut yang bersesuaian. Kasut adalah penting semasa mendaki bagi mengurangkan kelicinan pendakian. Nak jimat bajet, pakai kasut Adidas Kampung.
Adidas kampung berbanding kasut hiking. Sumber : Yellow Tuktuk

8. Pendakian selalunya dimulakan pada awal pagi. Jadi, jangan makan terlalu banyak semasa sarapan pagi. Cukup sekadar mengalas perut sahaja. Sila pastikan sebelum pendakian dibuat, panaskan badan anda terlebih dahulu dengan senaman ringan.

9. Sebelum melakukan pendakian, daftarkan atau inform kepada pihak renjer hutan bagi mendapatkan keizinan dan juga sebagai langkah keselamatan jika korang tersesat.

Tips ini terhad kepada pendakian harian sahaja. Jika pendakian yang memerlukan korang bermalam, sila rujuk kepada pakar. Jika anda masih baru macam saya, disarankan bawa seorang dua yang berpengalaman dalam pendakian.