Aku Lihat | Aku Fikir | Aku Tulis

Showing posts with label Tips Sukan. Show all posts
Showing posts with label Tips Sukan. Show all posts

Wednesday, January 4, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Raket badminton berjenama Yonex sememangnya sudah tidak asing dikalangan kaki-kaki badminton bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia. Namun, pada masa kini, terdapat banyak raket-raket berjenama Yonex ini yang dijual dengan sangat murah, sehingga ada yang tidak mencecah RM100 pun, dimana kesemuanya adalah tiruan. Jadi, adalah penting untuk kita tahu serba sedikit mengenai cara membezakan antara raket asli dan tiruan.




Di Asia, Yonex hanya mempunyai kilang-kilang pengeluaran di:

1) Jepun

2) Korea

3) Taiwan

4) Thailand

5) China

Dan keluaran yang paling mahal dan berkualiti tentulah dari Jepun. Di Malaysia, syarikat pengedar tunggal bagi barangan berjenama Yonex ialah Sunrise-Sport Sdn. Bhd. 

Antara cara-cara untuk mengenalpasti raket asli dan tiruan adalah:



a) Tulisan pada bawah pemegang raket



b) Logo Yonex senang ditanggalkan berbanding dengan tiruan kerana Yonex asli menggunakan gam khas untuk melekatkan pelekatnya sendiri.

Sticker hologram terbaru Yonex 

c) Memeriksa cetakan nombor pengeluaran pada cap raket. Keluaran asli dilakar menggunakan laser dan hasilnya lebih halus berbanding tiruan



d) Bold serta font tulisan yang agak berbeza jika diperhatikan.



So, macam mana? ada korang berura-ura nak beli yang original? Kalau aku, belilah dari selain jenama Yonex. Mahal weh kalau nak beli yang original yang baru. Paling-paling pun RM300. haha..


Kredit gambar : yonex.com